Sunday, March 11, 2007
BUNTU
Aku mengangkat pena. Buku tulis di hujung meja ku capai dan ku buka lembaran yang baru. Kesucian warna putih lembaran baru dicemar garisan hitam yang teratur kemas. Pena yang sudah siap ku genggam, ku letakkan di bahagian atas lembaran putih. Dakwat di dalam pena mula meninggalkan nokhtah hitam di tengah-tengah garisan. Namun,tanganku terkunci, enggan bergerak. Pena juga tidak menari, membentuk kata-kata yang berserabut di dalam mindaku. Aku memaksa tanganku bergerak. Garisan hitam berdakwat ku lahirkan lalui pena biru. Namun, tidak dapat aku teruskan gerakan tanganku untuk menyempurnakan abjad yang seharusnya lahir dari garisan hitam berdakwat. Fikiranku tiba-tiba gersang. Puing-puing perkataan yang senantiasa berputar ligat di dalam mindaku tiba-tiba hilang. Ah...keluhan terlepas daripada rekahan bibirku. Aku kehilangan ilham yang baru sahaja bertandang dan kini sudah berlalu pergi. Seakan hembusan bayu yang singgah mendakap langsir dan terus berlalu sesaat kemudian. Ah...ternyata, aku sekali lagi BUNTU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment