Friday, August 17, 2007

Sabitah (2) - [Buat alienku]

jangan biarkan ia
berpandukan kekata
berkemudikan dusta
bukalah matamu
lihatlah aku
selalu di sini untukmu
dengan sayap yang ada,
akan ku bawamu tinggi
terbang ke Utopia
di sana akan kau
abadi dalam kebahagiaan
di sana akan kau
kekal dalam ketenangan
sambutlah tanganku wahai sahabatku
bantulah aku untuk membantumu
jadikanlah aku sabitah dalam hidupmu

Sabitah (1)

Venus, dewi cinta,
hulurkan tanganmu, delimakanlah jiwaku
arahkan malaikat-malaikatmu
biarkan mereka memanah cinta itu
sehingga jiwa ini kembali merona jingga
jangan sesekali kau menyerah pada Pluto
ayuh Venus, jangan kalah!
sambut seruan aku
cintakanlah cintaku
kerana sesungguhnya aku kesangsian
aku kerentanan, aku kehilangan
aku kehilangan...
engkau yang bergelar sabitahku.

Saturday, July 21, 2007

Dari Serangka Tulang

Tercipta aku dari serangka tulang
Dari tulang rusuk yang memeluk kalbu
Supaya dekat dengan sang pelindung
Supaya senang Adam memeluk
Agar dekat dengan hati
Agar Adam mampu mencintai
Kerana hidup tak lari dari ironi
Hawa mangsa syair si pari-pari
Aku dicipta dari tulang rusukmu
Akhirnya,
Engkau yang dikata pelindung
Engkau yang seharusnya mencinta
Engkau yang empunya tulang,
Meninggalkan luka untuk dicaci
Enak saja merobekkan sekeping hati.

Tuesday, July 3, 2007

Pintalan Kegersangan

Langit yang merona jingga
terlucut wewarnanya
tatkala tiada yang hadir
kegersangan ini umpama
pintalan buih yang memutih,
timbul di permukaan tasik kalbu
adakah ini serapuh mimpi
yang hilang pabila pagi
andai itu takdirnya
jasad ini biar rentan
dipintal buih kegersangan

Monday, June 25, 2007

Kekhilafan Aku

mengata dulang paku serepih
kata yang terselisih
akhirnya aku yang rentan
tanpa kemaafan
melutut di kaki syahdu
sendiri dalam sendu
bertemankan air mata hitam
kerana kekhilafan aku

Merona Jingga

langit menangis pilu
sendu
di ruang syahdu
bintang-bintang hilang
tanpa cahaya
mengapa sukar untuk
menuturkan kata
di bawah pohon cemara
lidah terkelu
tak tersusun bahasa
kerana ia
terlalu merona jingga

Di taman Bunga

Ni tugasan yang kita disuruh buat pada camp MLEP yang baru lepas. Cikgu Mohd Latiff memberi beberapa frasa perkataan dan kita disuruh menyiapkan sajak menggunakan daya kreativiti dan juga frasa yang diberikan.


ketika langit melucutkan jubah warnanya
dan bulan purnama kembali bertakhta
sepasang kekasih duduk bersama
menyulam kasih, mengikat janji
katanya: "tunggulah aku di pintu syurgawi"
bunga-bunga yang mendengar
tersenyum sinis
bisik pula si angin sepoi-sepoi bahasa
"sungguh alpa kamu manusia.
janji itu hanya kata semata."
buka matamu, lihatlah
orang tua yang berbaring itu
masih setia menyulam kasih, mengikat janji
namun terbaring saja bersendiri dalam sepi

Sunday, June 3, 2007

Hak Kita

tiba-tiba
perasaan itu mengisi jiwa
tanpa diundang
datang berapi tanpa dipaksa.
bukan salah kau
yang setia menaip kekata.
jari yang menari di atas kekunci
sesungguhnya menyembunikan
angin perasaan yang melanda
ribut yang bertakhta
entah apa yang merasuk sukma
membuat aku tak keruan
tersenyum sendiri sambil jari menari
tak tersangka gilanya aku
segila kau
segila kita
biarlah mereka semua tertawa
kita berdua punya hak untuk bahagia

Saturday, June 2, 2007

Aku Dan Dia

sampai bila
akan mengejar mimpi
hanya untuk mengharap
sinar cahayanya mentari
yang sedang merajuk
bersembunyi
sedangkan aku cuma watak
yang direka-reka
yang hanya hidup bila
dibutuhkan si pencipta
namun kerna bayu yang mengata
masih ada harapan untuk aku dan dia

Sunday, March 25, 2007

Dakaplah aku

Demi yang berjalan lalu
Sungguh aku tak mampu
Menahan putaran waktu
Aku tak mampu...
Leraikan ikatan derita hatiku
Hanya dikau di takhta Ratu
Dakaplah aku seakan pelukan bayu
Sepintas lalu, terasa bayangan dirimu
Segila aku yang merindu
Dakaplah aku insan bergelar ibu.

Wednesday, March 21, 2007

Yang Termampu

hati siapakah yang sedang berbicara?
kau kah itu wahai bayu?
makna yang tersirat di balik kata
tak tertangkap oleh gegendang telinga
jangan resah, tidak perlu keluhan itu
ada insan bernama aku
jasad bernyawa terkurung kekurangan
maafkan aku bayu
hanya yang termampu.




Dalam kelas MLL siang tadi, cikgu menyambung semula kuliah tentang ringkasan yang terkandas separuh jalan pada hari Isnin lalu. Kali ini, kami pelajari cara mengenal pasti isi-isi penting dalam sesebuah cerita. Somehow, kuliah hari ini tak seriuh kuliah-kuliah yang sebelumnya. Mungkin kerana cikgu kebetulan sakit. Menurut cikgu, beliau baru saja telan sebiji panadol jadi saraf-saraf otak beliau ada sikit punyer slow.Selepas membuat latihan yang cikgu berikan, kita semua berpulangan pulang ke rumah masing-masing.


Tak salah saya, esok pun ada slot untul MLL. Tapi dalam bentuk tutorial pula dan oleh cikgu tety juliana. Saya rasa sampai sini saja post saya pada hari ini. Terpaksa saya mengundur diri kerana nampaknya masa mencemburui masa saya blog (aik, cikgu zain lagi. :) ) . Lagipun, projek sejarah dah memanggil-manggil nama saya.

Tuesday, March 20, 2007

Ringkasan

Ringkasan. Basically, itulah yang kita semua pelajari dalam kuliah MLL semalam. Afiqah (yang berbintikan Alias) tersasar pulak daripada makna sebenar ringkasan. Geli hati semua yang terdengar. :)


Macam biasa, kite berempat la yang paling memekak. Ketawa tak bertitik. Baru stop da start lagi. Bukannya ketawa tak tentu pasal. Kita ni sebenarnya ketawakan diri sendiri. Inner joke la katakan. (bukan internal tau farah) Rasanya, cikgu yang terduduk di hadapan mungkin terperasan yang kita ni ketawa macam at the right places. (faham-faham aja lah yerr)


Oh ya, yang sedang menaip di kibod ni, saya la, afiqah. keluarga panggil iqa, kawan ada yang panggil afiqah, fee, fiqah, fi dan yang tak brapa saya suka(tapi apa nak buat, da terlekat) af. Nak panggil saya apa pun boleh. Preferrably fi. saya ni seorang yang right brainer. Perkataan, frasa, itulah santapan rohani saya. Sastera merupakan cinta terunggul saya, tak kiralah bahasa melayu ataupun inggeris. Menulis pula sesuatu yang amat sebati dalam diri saya.


Blog ni merupakan (teringatkan cikgu zain. Guru bahasa melayu paling best di TKGS) blog yang kedua saya. Sebenarnya, niat di hati hanya ingin menggunakan blog ini sebagai "tempat simpanan" karya-karya saya. Dah simpan karya yang ada, terlintas pulak di hati untuk menggunakan blog ini sebagai wadah mengongsi pengamalan pelajari MLL dan pengalaman mengikuti MLEP. Oleh itu, blog ini berbahasa melayu la. (tak sebaku dan sebaik yang sepatutnya tapi boleh la eh) Blog asal yang saya mulakan dalam pertengahan tahun 2005, blog Inggeris saya.


Akhir kata, kedua-dua blog saya mengandungi segelintir thoughts yang berkeliaran di dalam minda saya. Saya rasa cukuplah apa yang ada, baik yang tersurat atau yang tersirat di balik kata untuk mengenali sedikit sebanyak tentang siapakah saya. Diri saya yang sebenar-benarnya tanpa topeng ataupun pendinding berbentuk apa jua, rahsia. :)

Sunday, March 11, 2007

Muzium

beratur semua
bayaran masuk percuma
tidak perlu serahkan kertas bernota
hanya tajamkan mata
lihat di setiap penjuru
sadarkah kamu manusia?
itu dirimu dibalik kaca
diamati orang dari setiap arah
dirimu itu abadi di muzium sandiwara manusia


Yang ni pon Dilah yang berikan idea. perkataan muzium pulak dia suroh aku buat puisi. :)

Berus Gigi

menanti
aku di sini
setia menanti
terkurung oleh plastik
bertemankan si bisu berisi
kasihan mulutnya dikunci penutup putih
kesepian saja diri ini menanti
hanya sekali sehari penantian ini bertitik
jarum minit berputar sekali
lalu kembali aku menanti
dilepaskan kembali dengan terbitnya sang mentari.


Dilah yang inspire idea buat yang ini. Dalam mrt, tengah bosan giler teros terlahir pulak ilham dari perkataan berus gigi.

Teguh

pintu renggang sedetik
lalu
cakerawala terhenti di putaran
tubuh,dipenuhi udara yang tidak dihembuskan
sayang, pintu tertutup rapat kembali
saat yang hilang
tergantung di ranting kenangan
ada apa dengan kaca pendinding?
hinggakan peluru tiada kuasa menembusi
buka pintunya
pecahkan kacanya
harus berapa lama mendindingkan sekeping hati?
biar si labah-labah yang menyulam kesudahannya
biar bintang-bintang yang suratkan akhirnya
pasrah saja biarkan pendinding kaca berdiri
dalam waktu berjalan lalu,
pendinding kaca 'kan retak lalu pecah
dan pintunya pasti 'kan terbuka

BUNTU

Aku mengangkat pena. Buku tulis di hujung meja ku capai dan ku buka lembaran yang baru. Kesucian warna putih lembaran baru dicemar garisan hitam yang teratur kemas. Pena yang sudah siap ku genggam, ku letakkan di bahagian atas lembaran putih. Dakwat di dalam pena mula meninggalkan nokhtah hitam di tengah-tengah garisan. Namun,tanganku terkunci, enggan bergerak. Pena juga tidak menari, membentuk kata-kata yang berserabut di dalam mindaku. Aku memaksa tanganku bergerak. Garisan hitam berdakwat ku lahirkan lalui pena biru. Namun, tidak dapat aku teruskan gerakan tanganku untuk menyempurnakan abjad yang seharusnya lahir dari garisan hitam berdakwat. Fikiranku tiba-tiba gersang. Puing-puing perkataan yang senantiasa berputar ligat di dalam mindaku tiba-tiba hilang. Ah...keluhan terlepas daripada rekahan bibirku. Aku kehilangan ilham yang baru sahaja bertandang dan kini sudah berlalu pergi. Seakan hembusan bayu yang singgah mendakap langsir dan terus berlalu sesaat kemudian. Ah...ternyata, aku sekali lagi BUNTU.

Cinta

butiran airmata yang jatuh tandanya cinta
cinta yang di luar batasan kuasa
buktinya cinta yang sedalam tujuh samudera
buktinya cinta yang singgah ke gerbangan syurga
sesuci kain yang belum dititiskan warna
kasih mendalam yang tidak tertutur lewat bahasa
kerana cinta mengisi kegersangan jiwa
dua insan menjalin ikatan berbunyi cinta
semoga jalinan suci berkekalan ke hari tua
dan dua insan pergi tinggalkan dunia berdua
Dedaun melayang ditiup bayu
aku berlari dengan daun
ingin kembali
bersendirian begini aku benci
pelukan mesra, belaian manja
dambaan, harapan hati naluri
ku ingin ia dipenuhi erti
bukan sekadar wadah mengumpul memori
mengapa tidak saja lantang teriaknya
biar ku tahu dari mula
kau hanya berteman bersandarkan kata
atau aku harus bersendirian berlari

Mimpi Sepi

tidurku diulit mimpi
mimpi sepi dijulang sunyi
akan ku sisipkan,
biar dihantar bayu
hanya kerana sepi itu yang kau pinta
sunyi itu yang kau teringin rasa
jelak dengan sandiwara pentas dunia
jelak berantakan si boneka bernyawa
sepi..sunyi..

rayuan insan kerdil, kurang upaya

Saturday, March 10, 2007

Salahkah Aku

salahkah aku kerana terlalu mencintaimu
salahkah aku kerana kau ku anggap sebagai duniaku
mengapakah dikau hukum diri ini
kerana salah yang seharusnya membawa seribu erti
mengapa dilerai ikatan utuh yang lahir tulus dari hati
mengapa dikau berpaling arah, ku tak mungkin mengerti
seakan laut yang tidak bisa mendakap syurga
seakan bayu yang ketandusan kiriman cinta
bak merpati putih yang terbang pergi
kegersangan hati ini hanya menunggu dikau kembali
namun, kerana tidak disuratkan Ilahi,
hati ini hanya mampu pasrah menunggu cinta bertandang lagi.